Pages

Tuesday, November 18, 2014

LEBIH BAIK CINTAKAN MONYET

Kenapa pilih tajuk ni?
sebab bagi aku apa saja ayat-ayat yang lelaki lafazkan kat aku semuanya rubbish!
ok mungkin ayat aku ni macam aku anti lelaki..menidakkan fitrah hidup berpasangan dalam kelompok manusia..tapi aku bukan lesbian! aku masih suka kaum Adam 100%
maaf la ye buat masa sekarang ni aku dah takde perasaan nak jatuh cinta pada mana-mana lelaki.
bukan dah serik..tak aku memang nak berumah tangga ~ padahal rumah aku ade je tangga hehehe..
mungkin juga aku yang salah..cara aku berkawan dengan lelaki yang salah.
aku terlalu berharap dan rasa secure sangat sampaikan aku tak jangka yang rupa-rupanya dia tu FAKE!!!
aku tak boleh maafkan diri aku sebab aku biar dia perbodohkan aku selama ni.
setahun bukan masa yang singkat..
alasan yang dia bagi ialah sebab mak dia nak menantu yang senegeri..pantai timur negeri K
apakah ianya silap aku hanya kerana aku anak kelahiran Kuala Lumpur??
siapa yang rasis sebenarnya?
walaupun banyak cerita-cerita tak menyenangkan cuping telinga ni yang aku dengar tentang orang negeri K,tapi aku tak amek serius sangat sebab aku tak nak berprasangka buruk terhadap orang berlainanan negeri.
aku cuba jadi natural sehabis mungkin...mak dia tolak aku sebelum aku sempat jumpa dengan family dia..bukan dia tolak sebab perangai aku tapi hanya sebab perbezaan negeri..tak sekufu kot,..
masa dia beritahu aku tentang pilihan mak dia..
dia berkali-kali minta maaf kat aku sebab dah lukakan hati aku.
tapi sebenarnya semua tu drama je..
few weeks later dia update status pasal jodoh la...pasal orang yang bakal berkahwin la...bla..bla..bla..
cam bodoh je aku percaya kat dia...what a LIAR!!!
kenapa aku tulis lebih baik cintakan monyet..sebab sekurang-kurangnya monyet tu takkan buat aku menangis..takkan buat aku down.
p/s: tak tau la aku ni berdendam ke apa...tapi aku memang nak sangat tumbok muka dia hingga dia melayang ke udara.
Sekian..THE END.

Si Pelik - Anti Sosial Gurl

Sunyi???
Apa tu?
Adakah ia sejenis makanan yang boleh mengenyangkan perut ketika kebulur?
Sunyi...Lonely...Forever Alone..
ok stop!
memang menyedihkan sob..sob..sob
aku daripada kecik lagi memang tak reti bergaul..
nak berkomunikasi dengan orang pun payah...
berat mulut..ye memang aku rasa malas nak bercakap..rasa macam ada emas kat dalam mulut ni yang aku takut nak luahkan.
kadang aku rimas tengok orang yang bercakap tak henti-henti..
bingit weyh telinga aku....korang ni memekak je...nak sembang sampai mati ke woi?  (ayat orang jealuos sebab takde sape nak sembang dengan dia) ok so lame...tapi thats the truth isn't it...yang aku ni memang LAME!!!
aku memang cemburu tengok orang yang pandai bersembang...serius aku jeles..aku cuba nak jadi macam diorang...aku cuba tau...tapi masalah aku ni kalau aku dah start bercakap...sampai esok pun tak habis-habis...haha ye la orang jakun sebab jarang bercakap...sekali bercakap tak ingat dunia...sampai orang yang layan aku pun tayang muka bosan tahap cipan...puiii ada aku kisah...hehe sorry la ye..aku sebenarnya takde niat nak buat pendengar tu bosan tapi tiba-tiba je rasa excited nak cerita macam-macam.
tu la aku si pelik yang anti sosial...
aku lebih suka bersendirian..dan aku rasa serabut kalau terpaksa keluar telampau lama kat tempat yang aku tak biasa..serius aku tak biasa. 
aku pun tak faham kenapa aku berbeza daripada orang lain..
mungkin dalam minda orang biasa hanya ada satu corak dan satu warna saja tapi dalam minda aku ada bermacam-macam corak dan penuh dengan warna warni
walaupun umur aku dah  masuk 26 tahun tapi aku benci jadi orang dewasa.
aku ni tak normal ke?
hmm aku pun pening dengan perbezaan aku ni...ok pening nak fikir..so tak payah fikir..adios!

Thursday, July 18, 2013

LELAKI TU F.A KE? ATAU IANYA CUMA KHAYALAN AKU....



wajah dia agak seiras dengan F.A...

mungkin aku keliru,lagipun dah hampir 7 tahun aku tak berjumpa dengan F.A...

mungkin saja aku telah lupa akan wajahnya...

tapi kenapa jantung aku berdebar-debar bila terserempak dengan lelaki tu....

orang yang aku langsung tak tau identitinya...

aku perasan akan kewujudan lelaki tu masa aku nak beli lauk berbuka....

dia pula sedang pimpin 2 orang kanak-kanak yang baru dia ambil daripada taska yang berhampiran dengan

tempat aku bekerja..

mungkin itu anak-anak dia...

muka mereka hampir seiras.. ( lelaki misteri yang bawak kanak2 tu dan F.A)

kalau dia memang F.A ...

apa yang harus aku lakukan...

menangis.....meraung....

kemungkinan "First Love" aku dah kahwin...

malah ada anak pun...

hahaha....

"Dunia" F.A sentiasa berputar

berbeda dengan "Dunia" aku yang bergerak perlahan malah kadangkala tersekat-sekat

kalau betul la dia tu F.A

tak kan dia tak cam aku....

kah...kah...

perasan betul la aku ni...

siapalah aku ni..

bukan siapa2 pun pada dia...

hanya rakan sekelas masa sekolah dulu.....

mungkin aku ni bendul ataupun bodoh sebab rindukan F.A selama 7 tahun sejak daripada habis SPM

sedangkan dia barangkali tak pernah teringat akan aku malah juga telah lupakan aku...

dah terlalu lama....

aku simpan rasa ini...

malah biarlah aku pendam sampai bila2

sebenarnya rasa itu dah semakin pudar cuma kadang2 aku akan terkenang kembali kenangan bersama F.A

apa khabar dia sekarang ye....

harapan aku semoga dia sihat & bahagia.

Wednesday, March 13, 2013

JANGAN PERGI TERLALU JAUH DARIPADA KAMI



hubungan kamu membuatkan kehidupan kami berantakan

kamu membuat kami jadi tak keruan

kamu membuat kami tak berdaya

kamu menolak kami acuhkan diri kami

bagaimana caranya untuk

meruntuhkan kerasnya hatimu

kami sedari dia tak sempurna 

tidak seperti yang kamu inginkan

kau hancurkan kami dengan sikapmu..

tak sedarkah kau telah menyakiti kami...

lelah hati kami meyakinkanmu...

cinta kamu membunuh kami...

p/s : masih adakah cinta dalam dirimu untuk kami semua....apakah cintamu pada dia telahpun pudar dan hampir sirna

Thursday, October 13, 2011

Melly_Goeslow_Ft.Amee_-_Ketika_Cinta_Bertasbih.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - Melly_Goeslow_Ft.Amee_-_Ketika_Cinta_Bertasbih.mp3

Melly_Goeslow_Ft.Amee_-_Ketika_Cinta_Bertasbih.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - <a href="http://www.4shared.com/audio/doyqHGfh/Melly_Goeslow_FtAmee_-_Ketika_.html" target="_blank">Melly_Goeslow_Ft.Amee_-_Ketika_Cinta_Bertasbih.mp3</a>

Afgan - Padamu Ku bersujud.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - Afgan - Padamu Ku bersujud.mp3

Afgan - Padamu Ku bersujud.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - <a href="http://www.4shared.com/audio/PcU7j1Lr/Afgan_-_Padamu_Ku_bersujud.html" target="_blank">Afgan - Padamu Ku bersujud.mp3</a>

Thursday, June 23, 2011

CINTA SEORANG PEMUDA...

- sy suker sgt tgk jari-jemari teman wanita sy, cantik betul. Sungguh! Sampai sy takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jeri-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yg amat dasyat di hadapan YANG MAHA ESA...

-Sy suker sgt tgk rambutnya. Cantik betul! ....sungguh!! Sebab itu sy belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu org lain tgk, bukan! tp sebab sy mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot tu sampai bila2..takut nnt terbakar dek api neraka..di suatu hari nntyg amat dasyat di hadapan YANG MAHA PENCIPTA!

- sy suker sgt tengok body teman wanita saya...solid betul!! sungguh!! sebab itu sy belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengan Kekasih dia YANG UTAMA, dia jaaaaaaaaaaaaauuuuhhh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. sy pun tumpang dapat pahala..syoknya!!...

- sy sedih sgt sebab tgk teman wanita sy tidak t-do,tidak makan sebab rindukan sy. sy pun macam itu juga."Apa ubatnya, bang?".. sy pun bg dia al-Quran sebagai penenang jiwa...semoga dia cintakan-Nya lebih daripada sy...

- sy sedih tengok dia selalu pesan macam-macam; "makan,minum,jaga diri,pandu kereta elok-elok...nanti awk sakit sy jugak yang susah hati... bla bla bla bla". Tapi bila tengok wayang sama-sama , terlepas ASAR dan MAGHRIB bgitu saja, dia tidak kata satu apa pun.... Aduhhh...berdosanya saya...!

- saya memang sayang sangat pada dia. saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya.. cinta yang abadi di dunia dan berkasih-sayang di akhirat, ber'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya...

- doakan kami saling ingat-mengingati , insaf-menginsafi, .. YA ALLAH, ampunkanlah kami... semoga kami kekal bersama selama-lamanya, si syurga nanti..AMIN...